HERO YANG TERAKHIR


Friday 18 January 2013 | post a comment {0}


Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah bersabda “setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“.

Fizikal dan perwatakan
Nama sebenar beliau adalah ‘Amir bin ‘Abdullah bin al-Jarrah al Fihri al. Abu ‘Ubaidah seorang yang memiliki wajah yang berseri, kacak, tinggi lampai, kurus dan berjambang nipis. Beliau mudah mesra yakni pandai berkawan, tawaduk dan pemalu. Namun di saat yang genting beliau bagaikan singa. Beliau disimpulkan sebagai mata pedang yang cantik, berkilau, tajam dan runcing.
Salah seorang sahabat telah menjelaskan perwatakan Abu ‘Ubaidah ini ; “Tiga lelaki Quraisy yang paling berseri wajah, paling baik akhlak dan paling teguh sifat malunya; Jika mereka berkata kepadamu, mereka tidak berdusta. Jika kamu berkata kepada mereka, mereka tidak akan mendustakannya. Mereka adalah Abu Bakar, ‘Uthman bin ‘Affan dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah”. Hal ini diperkatakan oleh ‘Abdullah bin ‘Umar.

Muslim terawal
Abu ‘Ubaidah tergolong di dalam golongan yang paling awal memeluk Islam. Abu ‘Ubaidah memeluk Islam sehari selepas pengislaman Abu Bakar dan ini adalah hasil daripada dakwah Abu Bakar kepada Abu ‘Ubaidah.
Abu ‘Ubaidah bersama-sama ‘Abdul Rahman bin ‘Auf,’Uthman bin Maz’un dan al-Arqam bin Abi al-Arqam telah mengucapkan syahadah di hadapan Rasulullah.
Jadi Abu ‘Ubaidah adalah golongan yang bersama Rasulullah dari awal hingga akhir perjuangan mereka di Makkah. Seperti mana yang kita ketahui, pada waktu itu mereka ditimpa pelbagai seksaan disebabkan menganut agama yang dibawa oleh Nabi.


Perang Badar
Walaupun Abu ‘Ubaidah menghadapi pelbagai dugaan di Makkah, namun boleh dikatakan dugaan paling besar dihadapinya adalah ketika perang Badar dimana dugaan ini benar-benar malampaui jangkaan dan khayalannya.
Ketika peperangan itu, Abu ‘Ubaidah menyerang musuh dengan begitu hebat sekali dengan perwatakan pahlawan yang tidak takutkan mati. Perwatakan beliau telah menggerunkan tentera Musyrikin sehingga mengebabkan tentera berkuda mereka berwaspada apabila bertembung dengan beliau dan cuba mengelak daripada bertempur dengannya.
Dalam bilangan tentera Quraisy yang ramai itu, ada seorang yang benar-benar ingin bertempur dengan Abu ‘Ubaidah.  Dalam keadaan ini, Abu ‘Ubaidah pula yang cuba mengelak daripada bertempur dengan lelaki Quraisy tersebut. Setiap serangan oleh lelaki itu, Abu ‘Ubaidah mengelak dengan segera. Lelaki itu tidak berputus asa dan dia menyekat jalan Abu ‘Ubaidah dengan menghunuskan pedang kearah Abu ‘Ubaidah.
Kali ini tiada pilihan bagi Abu ‘Ubaidah untuk mengelak. Dalam keadaan terpaksa, dia menetak lelaki tersebut dan membuatkan badan lelaki itu tersungkur ke bumi. Lelaki yang jatuh menyembah bumi itu adalah ‘Abdullah bin al-Jarrah, ayah kepada Abu ‘Ubaidah.
Allah menurunkan firman-Nya terhadap tindakan nekad Abu ‘Ubaidah terhadap bapanya sendiri:Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. [Al Mujadila 58:22]

Perang Uhud
Kita semua tahu pada awal peperangan Uhud umat islam ‘tewas’ akibat tidak mendengar arahan daripada Rasulullah. Tentera Musyrikin semakin mengganas dan juru laung mereka berteriak “Tunjukkan saya mana Muhammad!!! Tunjukkan saya mana Muhammad!!!”
Pada saat itu, Abu ‘Ubaidah salah seorang sahabat yang melindungi Rasulullah. Mereka mempertahankan Nabi seolah-oleh dada dan tubuh mereka menjadi tembok dan banteng penghalang panah dan tombak musuh.
Apabila peperangan tamat, gigi kacip Rasulullah patah, kulit dahinya terkoyak dan dua mata rantai baju perisai Baginda terbenam di pipinya. Abu Bakar datang untuk mencabutnya namun Abu ‘Ubaidah berkata “Saya bersumpah kepadamu, biarlah saya yang mencabutnya.”
Lalu Abu Bakar berundur. Abu ‘Ubaidah bimbang jika dicabutnya mata rantai itu dengan tangan ia akan menyakitkan Rasulullah. Lalu beliau mencabutnya dengan gigi kacipnya. Beliau menggigit kuat mata rantai yang pertama dan mencabutnya dengan perlahan sehingga mata rantai itu tercabut dan mengakibatkan giginya lerai ke bumi. Abu ‘Ubaidah melakukan perkara yang sama untuk mencabut mata rantai yang kedua dan sekali lagi gigi kacipnya terlerai jatuh ke bumi.
Abu Bakar berkata “Abu ‘Ubaidah merupakan manusia rongak paling baik”
Seorang yang perkasa lagi amanahDiceritakan oleh Muhammad bin Ja’far:
Rombongan Kristian dating mengahadap Rasulullah dan berkata ”Wahai Abu Qasim (gelaran kepada Rasulullah) utuskan bersama kami kalangan sahabatmu yang kamu berpuas hati dengannya. Agar beliau boleh menghakimi kami dalam kes-kes harta dan pertelingkahan kami. Lantaran pada kami, kamu orang Islam, merupakan golongan yang diredhai.”
Rasulullah bersabda “Datanglah bertemu saya pada petang ini. Saya akan utuskan bersama kamu seorang yang perkasa lagi amanah.”
‘Umar al-Khattob berkata “Saya bergegas awal untuk menunaikan sembahyang zohor. Sebenarnya saya tidak suka untuk menjawat jawatan. Namun pada hari tersebut saya berharap mahu menjadi leaki yang disifatkan Rasulullah itu. “
“Setelah Rasulullah selesai sembahyang zohor bersama-sama kami, Baginda memerhati ke kiri dan ke kanan. Saya menjengul-jengulkan diri saya agar Baginda melihat kea rah saya. Namun Rasulullah tetap meninjau-ninjau di kalangan kami sehiggalah Rasulullah melihat Abu ‘Ubaidah , lalu memanggilnya dan bersabda “ Pergilah bersama mereka. Adili mereka dengan benar dalam kes yang mereka perselisihi.”
“Sedikit terkilan kerana saya bukan lelaki yang dimaksudkan. Nampaknya Abu ‘Ubaidah telah berjaya memenangi keperibadian ini” Jelas ‘Umar.


Saat-saat akhir hidup beliau
Pada zaman Khalifah ‘Umar al-Khattob memerintah, Abu ‘Ubaidah diutuskan ke Syam untuk memimpin bala tentera Islam. Dengan Izin Allah tentera Islam dapat menawan seluruh bumi Syam. Ketika itu tentera Islam sampai ke tepi sungai Furat di sebelah timur dan Asia Minor di sebelah utara.
Dalam pada masa yang sama, Syam sedang dilanda wabak taun yang tidak pernah berlaku sebegitu teruk sebelum ini. Ramai nyawa yang terkorban akibat mengidap penyakit itu. Mendengar situasi tersebut, Khalifah menghantar utusan untuk bertemu Abu ‘Ubaidah dan di dalam perutusan itu Khalifah berkata “ Nampaknya saya mempunyai satu urusan yang amat memerlukan bantuan kamu. Saya tidak dapat menyelesaikannya tanpa kamu. Jika perutusan saya ini sampai kepadamu pada waktu malam, sebelum subuh hendaklah kamu berangkat bertemu saya. Jika perutusan ini sampai pada waktu siang, sebelum petang hendaklah kamu berangkat bertemu saya.”
Abu ‘Ubaidah berkata selepas membaca perutusan Khalifah “Saya tahu tujuan Amirul Mukminin terhadap saya. Beliau ingin saya terus hidup sedangkan tiada siapa yang boleh kekal hidup.”
“Wahai Amirul Mukminin, saya sedia maklum permintaanmu terhadap saya. Sesungguhnya saya merupakan sebahagian anggota tentera Islam. Oleh itu saya tidak ingin menjaga diri saya daripada bencana (taun) yang telah menimpa mereka. Saya tidak akan berpisah meninggalkan mereka sehingga Allah membuat keputusan-Nya untuk menyelamatkan saya dan mereka. Sama ada Dia mencabut nyawa atau menyelamatkan kami. Maka apabila surat ini sampai kepadamu, gugurkanlah tuntutanmu terhadap saya. Izinkan saya untuk terus kekal di sini.” Balas Abu ‘Ubaidah kepada utusan Khalifah.
Tatkala ‘Umar membaca surat tersebut, air mata beliau mengalir. Lalu para sahabat yang ada bersama beliau bertanya “ Apakah Abu ‘Ubaidah telah meninggal dunia wahai Amirul Mukminin?”
“Tidak, namun beliau hampir menemui kematian” jawab ‘Umar teresak-esak.
Jangkaan ‘Umar tidak meleset. Setelah beberapa ketika Abu ‘Ubaidah diserang penyakit taun. Sedang beliau nazak, beliau berpesan kepada tentera-tenteranya.
“Saya berpesan kepada kamu semua, jika kamu menerimanya, kamu akan sentiasa memperoleh kebajikan. Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, berpuasalah di bulan Ramadhan, bersedekahlah, tunaikan Haji dan Umrah, salinglah berpesan dan memberi nasihat kepada pemimpinmu. Jangan kamu memperdayakan mereka. Jangan kamu dilalaikan oleh dunia. Lantaran jika seseorang mampu hidup 1000 tahun, dia tetap akan menuju kematian seperti yang kamu lihat saya sekarang. Sesungguhnya Allah Taala telah menjanjikan kematian kepada anak Adam. Oleh itu mereka pasti mati. Manusia yang paling bijak ialah mereka yang paling taat kepada Tuhannya dan paling banyak melakukan amalan sebagai persediaan untuk hari kebangkitan. Wassalamualaikum wa Rahmatullah.”
Kemudian Abu ‘Ubaidah berpaling kepada Mu’az bin Jabal “Wahai Mu’az, imamkan mereka.”
Apabila Abu ‘Ubaidah meninggal dunia, Mu’az pun bangun dan berucap “ Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah ditimpa kesedihan disebabkan kematian lelaki ini. Demi Allah! Saya tidak pernah kenal lelaki yang lebih berhati mulia dan jauh daripada hasad dengki, terlalu cinta dengan mati dan paling menunaikan tanggungjawab berbanding lelaki ini. Doakanlah kerahmatan untuknya, pasti Allah akan merahmati kamu semua.”
Rujukan daripada tulisan Dr. Abdul Rahman Ra'fat al-Basha




HERO YANG KESEMBILAN


post a comment {0}


Said bin Zaid adalah sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah.


Sa’id bin Zaid radhiallahu ‘anhu

Aku serahkan diriku kepada Dzat
yang kepada-Nya bumi juga telah berserah diri
dengan memikul batu-batu yang berat
Dzat yang telah menjadikan bumi bulat
Dzat yang telah menciptakan bumi dengan sempurna
Dzat yang telah memancangkan gunung-gunung
dengan kokoh di atasnya
Aku serahkan diriku kepada Dzat 
yang kepada-Nya awan-awan telah menyerahkan diri
dengan membawa air yang tawar
Ketika awan-awan itu dibawa ke suatu negeri, dia akan taat
lalu dia akan menurunkan hujan di atasnya…
Zaid bin ‘Amr bin Nufail (ayah Sa’id bin Zaid radhiallahu ‘anhu) mendendangkan dan melagukan bait-bait syair tersebut, lalu dia memandang ke arah Ka’bah seraya berucap, “Aku datang untuk memenuhi panggilan-Mu, wahai Tuhanku. Aku datang untuk memenuhi panggilan-Mu dengan sebenar-benarnya.”
Zaib bin ‘Amr bin Nufail merupakan putra dari paman ‘Umar bin Khaththab radhiallahu ‘anhu. Dia hidup sebelum Islam datang dan sebelum diutusnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Dengan fitrah atau tabiatnya yang lurus, dia pun mendapat petunjuk untuk menyembah Allah, sehingga dia tidak pernah menyembah berhala-berhala ataupun menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada berhala-berhala itu seperti yang biasa dilakukan oleh kaum musyrikin di Makkah pada saat itu.
Dia pernah berkata kepada penduduk Makkah, “Wahai kaum Quraisy, Allah telah menurunkan hujan untuk kalian, menumbuhkan tanaman untuk kalian, dan menciptakan kambing untuk kalian, tetapi mengapa kalian menyembelih binatang-binatang ini untuk selain Allah? Bagaimana hal ini bisa terjadi?”
Mendengar ini, Khaththab bin ‘Amr bin Nufail pun berdiri dan memukul wajahnya, lalu dia berkata  kepadanya: ”Celakalah kamu, sungguh kita sudah terlalu bersabar terhadapmu.”
Selanjutnya, Khaththab menyiksanya dengan siksaan yang pedih, hingga akhirnya Zaid pun terpaksa keluar dari Makkah. Dia tidak pernah kembali ke Makkah, kecuali dengan sembunyi-sembunyi. Hal itu karena dia merasa takut kepada pamannya, Khaththab ayah ‘Umar radhiallahu ‘anhu.
Di Makkah Zaid bin ‘Amr mengadakan pertemuan dengan Waraqah bin Naufal, ‘Abdullah bin Jahsy, dan Umaimah binti Harits (bibi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam). Selain mereka, dalam pertemuan itu ada juga ‘Ustman bin Huwairits.
Zaid berkata kepada mereka, “Demi Allah, kalian semua telah mengetahui bahwa kaum kalian telah menyimpang dari ajaran –ajaran agama Ibrahim. Mengapa kita berthawaf mengelilingi batu yang tidak bisa mendengar dan melihat serta tidak dapat memberikan mudharat dan juga manfaat ? Wahai kaum, carilah agama untuk kalian semua. Demi Tuhan, kita bukanlah apa-apa.”
Mereka kemudian berpencar ke segala penjuru negeri untuk mencari agama yang benar. Adapun Waraqah bin Naufal telah memeluk agama Masehi, sementara ‘Abdullah bin Jahsy dan ‘Utsman bin Huwairits masih melanjutkan pencarian terhadap agama yang benar itu, hingga akhirnya datanglah Islam. ‘Abdullah bin Jahsy radhiallahu ‘anhu pun beriman dan masuk Islam, hingga akhirnya dia terbunuh sebagai syahid dalam perang Uhud, lalu dia dijuluki dengan julukan Asy-Syahid Al-Mujadda’(syahid yang tangannya terpotong).
Tinggalah Zaid bin ‘Amr yang telah pergi ke negeri Syam untuk mencari agama Ibrahim ‘alaihissalam, hingga akhirnya dia bertemu dengan seorang pendeta di Syam. Dia menceritakan hal itu kepada pendeta tersebut. Sang pendeta pun berkata, “Sesungguhnya kamu sedang mencari agama yang sudah tidak ada. Oleh karena itu, pulanglah ke Makkah, karena sesungguhnya Allah akan mengutus kepada kalian orang yang memperbaharui agama Ibrahim itu. Pergilah, lalu berimanlah kepadanya dan ikutilah dia!”
Ketika Zaid masih berada dalam perjalanan menuju Makkah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallamtelah diutus sebagai rasul. Saat itu Zaid belum mengetahui bahwa Rasulullah telah diutus. Sayangnya, kematian telah lebih dulu menjemputnya sebelum dia beriman. Dia telah dibunuh oleh sebagian orang Badui (Arab pedalaman).
Ketika kisah ini diceritakan kepada nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau pun menceritakan tentang sosok Zaid, “ Sesungguhnya dia akan dibangkitkan pada hari kiamat (nanti) seorang diri sebagai satu umat (yang terpisah).”
Menjelang hembusan nafas terakhirnya, Zaid berkata, “Ya Allah, jika Engkau memang tidak menghendaki kebaikan ini (agama Islam) untukku, maka janganlah Engkau halangi anakku (Sa’id) darinya.”
Doa Zaid ini masih menggantung di antara langit dan bumi, hingga pada suatu hari ketika Sa’id sedang berada di Makkah, dia mengetahui bahwa Rasulullah telah diutus. Karenanya, dia beserta istrinya, Fatimah binti Khaththab, yang merupakan saudara perempuan ‘Umar bin Khaththab, segera beriman kepada Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Keislaman mereka berdua itu terjadi pada awal munculnya Islam, sebelum masuknya Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wasallam ke dalam rumah Arqam bin Abi Arqam (Daarul Arqam).
Sa’id masih merahasiakan keimanannya dan dia sangat sabar menghadapi siksaan yang berasal dari kaumnya, sehingga dia pun tidak diusir dari Makkah,s eperti yang dialami  sebelumnya oleh orang tuanya. Akan tetapi kemudian, ‘Umar mengetahui keimanan Sa’id. ‘Umar pun bermaksud membunuhnya, lalu dia memukulnya hingga darah mengalir dari wajah Sa’id . Akan tetapi, kesabaran Sa’id dalam menghadapi sikap ‘Umar inilah yang menjadi salah satu faktor penyebab masuknya ‘Umarradhiallahu ‘anhu ke dalam Islam, *seperti yang telah kami sebutkan pada kisah masuknya ‘Umar ke dalam Islam.*
Sa’id pergi berhijrah ke Madinah bersama istrinya, Fathimah. Sebelum terjadinya perang Badar, Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wasallam telah memilihnya dan mengutusnya untuk pergi bersama Thalhah bin Ubaidillah dengan tujuan agar dia mengetahui jumlah pasukan kaum musyrikin dan mematai gerak-gerik mereka. Oleh karena itu, Sa’id pun tidak ikut serta dalam peperangan Badar. Akan tetapi, Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberinya bagian  ghanimah (harta rampasan) yang diperoleh dalam perang tersebut. Dia dianggap seperti orang yang ikut serta dalam perang itu.
Setelah itu Sa’id ikut serta dalam setiap peperangan bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Dia bertempur dengan menggunakan pedangnya dan beriman dengan menggunakan hatinya. Bahkan pada suatu hari dia pernah berada bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di gua Hira’ dengan para shahabat lainnya. Ketika itu tiba-tiba gunung  Hira’ bergetar, maka nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “ Tenanglah, wahai Hira’, karena sungguhnya tidak ada yang berada di atasmu, kecuali seorang nabi, seorang yang sangat jujur (ash-shiddiq), dan seorang syahid.”
Ketika orang-orang bertanya kepada Sa’id, “Siapa sajakah yang bersamamu pada saat itu ?”
Sa’id pun menjawab, “Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman, ‘Ali, Zubair, Thalhah, ‘Abdur Rahman bin ‘Auf, dan Sa’ad bin Malik.”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda tentang Sa’id, “Sa’id bin Zaid di surga.”
Sa’id merupakan salah satu dari sepuluh orang yang mendapat kabar gembira bakal masuk surga. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala meridhoinya. Dia memegang teguh janjinya kepada Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam untuk memerangi kaum musyrikin di negeri Persia, sehingga melalui tangannya dan juga tangan shahabat-shahabatnya, Allah pun memadamkan api yang  menjadi sesembahan kaum Majusi ; dan berkat perjuangannya pula para penduduk Persia beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Setelah penaklukan terhadap negeri Persia selesai, Sa’id tidak tinggal diam. Dia mengangkat pedang dan barang-barangnya untuk pergi ke negeri-negeri lain yang sedang di perangi oleh kaum muslimin. Kali ini sasarannya adalah negeri Syam dimana pada saat itu sedang berlangsung pertempuran yang sangat menentukan antara kaum  muslimin dengan bangsa Romawi, yaitu perang Yarmuk.
Di atas kertas, nampaknya kemenangan lebih dekat kepada pasukan Romawi, karena jumlah mereka sangat banyak, sementara jumlah kaum muslimin sangat sedikit.
Kekalahan bangsa Romawi berarti jatuhnya negeri Syam secara keseluruhan ke tangan kaum muslimin. Karenanya, kedua pasukan itu pun sama-sama mempersiapkan dirinya sebaik mungkin untuk menghadapi pertempuran ini. Pasukan Romawi datang dengan jumlah personel seratus dua puluh ribu pasukan, sedangan jumlah pasukan kaum muslimin hanya dua puluh empat ribu pasukan saja. Kedua pasukan ini saling berhadap-hadapan.
Para pendeta dan uskup datang sambil membawa salib-salib mereka sambil mengeraskan suara mereka untuk membaca doa-doa. Ketakutan pun merasuk ke dalam hati kaum muslimin ketika pasukan Romawi mengulang-ulang doa-doa tersebut. Suara mereka laksana gunung-gunung yang bergeser dari tempatnya.
Pemimpin kaum muslimin yang bernama Abu Ubaidah bin Jarrah berdiri untuk memberikan khutbah kepada kaum muslimin. Dia berkata, “Wahai hamba-hamba Allah, tolonglah Allah, niscaya Allah akan menolong kalian dan meneguhkan kaki-kaki kalian. Bersabarlah, sesungguhnya kesabaran akan menyelamatkan kalian dari kekufuran dan akan menyebabkan kalian diridhai oleh Tuhan. Tetaplah kalian diam sampai aku memberikan perintah kepada kalian. Ingatlah selalu kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.”
Diantara kaum muslimin, keluarlah seorang laki-laki. Dia berkata kepada Abu Ubaidah, “Wahai Abu Ubaidah, sekarang aku akan pergi dengan harapan aku dapat gugur sebagai syahid dan aku akan keluar untuk memerangi mereka. Apakah kamu mempunyai pesan yang akan kamu kirimkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ?”
Abu Ubaidah menjawab, “Ya. Kirimkan salam dari kami untuk beliau, dan katakan kepada beliau bahwa kami telah mengetahui bahwa apa yang dijanjikan oleh Tuhan kami kepada kami adalah benar.”
Melihat itu, Sa’id bin Zaid radhiallahu ‘anhu pun berkata, “Ketika aku melihat lelaki tersebut telah menaiki kudanya, menghunus pedangnya, dan melesat menuju musuh-musuh Allah guna memerangi mereka, aku pun meletakkan lututku ke tanah, lalu aku melemparkan anak panahku ke arah seorang anggota pasukan berkuda dari bangsa Romawi. Saat itu Allah menghilangkan rasa takut dari dalam hatiku. Maka, aku pun langsung masuk menembus barisan musuh. Aku memerangi mereka hingga Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan kemenangan kepada kami.”
Abu Ubaidillah telah mengetahui dengan baik kesungguhan keimanan Sa’id. Karenanya Abu Ubaidillah pun menyerahkan misi penaklukan Damaskus kepada Sa’id, lalu dia menjadikan Sa’id sebagai wali (gubernur) disana. Ketika semua orang yang hidup pada masanya sudah berpulang keharibaan  Allah, Sa’id bin Zaid masih tetap hidup sampai masa Dinasti Bani Umayyah.

Masa-masa akhir hayat Sa’id bin Zaid radhiallahu ‘anhu

Pada masa Dinasti Bani Umayyah, Sa’id bin Zaid menangisi shahabat-shahabat Islam yang telah meninggal sebelumnya. Tinggalah dia seorang diri menyaksikan terjadinya fitnah (kerusuhan) dan menyaksikan bagaimana kehidupan dunia dengan segala macam perhiasannya telah masuk ke dalam hati kaum muslimin, maka Sa’id pun lebih memilih untuk kembali ke Madinah dan tinggal disana. Pada waktu itu yang menjadi gubernur di Madinah adalah Marwan bin Hakam bin ‘Ash.
Saat itu seorang wanita yang bernama Arwa binti Uwais keluar, lalu dia berkata, “Sesungguhnya Sa’id telah mencuri tanahku dan telah memasukkannya ke bagian tanahnya.” Sungguh perkataan itu sangat menyakitkan hati Sa’id bin Zaid, shahabat Rasulullah dan salah satu dari sepuluh orang yang mendapat kabar gembira berupa surga. Karenanya, Sa’id pun berkata, “Ya Allah, jika dia berbohong, maka hilangkanlah penglihatannya dan bunuhlah ia di tanahnya sendiri.”
Seketika itu pula hujan turun dari langit sampai diperbatasan tanah yang menurut wanita itu Sa’id telah melampaui batas tersebut. Seketika mata wanita itupun menjadi buta dan hanya selang beberapa hari, wanita itu terjatuh dalam sebuah lubang  yang  berada di tanah miliknya hingga dia meninggal dunia. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengabulkan doa Sa’id bin Zaid yang terzhalimi dan telah dituduh sebagai seorang pembohong dan pendusta.
Pada suatu pagi penduduk Madinah dikagetkan oleh suara seorang pelayat yang menangisi kepergian Sa’id bin Zaid radhiallahu ‘anhu. Peristiws itu terjadi pada masa kekhalifahan Muawiyah bin  Abi Sufyan, tepatny a pada tahun ke-50 Hijriyah. Dia di kuburkan oleh Sa’ad bin Abi Waqqash radhiallahu ‘anhu dan ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu ‘anhu. Salam sejahtera baginya.
Sumber: Kisah Teladan 20 Sahabat Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam untuk Anak, Dr. Hamid Ahmad Ath-Thahir, Irsyad Baitus Salam, 2006 (Dipublikasikan ulang oleh Kisah Muslim)
← OLDER POSTS | NEWER POSTS →

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Photobucket
Terima kasih kerana datang melawat blog ini. Harap input-input yang diberikan dapat menambahkan ilmu anda semua. Selamat Membaca. All Rights Reserved April 2011 © Till Jannahs

Photobucket online

Recent Posts


  • HERO YANG TERAKHIR
  • HERO YANG KESEMBILAN
  • HERO YANG KELAPAN
  • HERO YANG KETUJUH
  • HERO YANG KEENAM
  • HERO YANG KELIMA
  • HERO YANG KEEMPAT
  • HERO YANG KETIGA
  • HERO YANG KEDUA
  • HERO YANG PERTAMA

    Month By Month


    · January 2013

    Bloggers


    Wanita IslamSolatSunnah NabiKhasiat Solat 5 WaktuBidadari SyurgaMisi Memburu SolehahImam Syafie


    Credit

    Designer; | Syuhada Panini.
    Coding help & Inspiration;Qaa yumm .